UTM Petroleum + Biasiswa RM 6K/Sem Offer

| Saturday 20 August 2016
Assalamualaikum, So In The Recent UPU Announced, I Received The Sixth Choice Of My UPU..

Which Was Petroleum Engineering In UTM. It Left Me Speechless huhu..



The Letter I Received Smells Not So Good. It Was Supposed To Smell Victory Upon My So Called Success Doing My Foundation Studies In Sciences UITM. Oh Well...





































In Fact, I Also Received A Scholarship UTM Endowment RM 6000/ Semester

MAKLUMAT ANDA
NO. KAD PENGENALAN:-
NAMA:-
MAKLUMAT TAWARAN
TAHNIAH! Anda telah ditawarkan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia bagi Sesi 2016/2017. Maklumat tawaran biasiswa adalah seperti berikut:
NAMA BIASISWA:Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia
SESI:2016/2017
NILAI BIASISWA:RM6,000 per semester
TARIKH TAWARAN:20-08-2016

SYARAT-SYARAT TAWARAN

1. Sekiranya saudara/saudari bersetuju dengan syarat-syarat tawaran seperti yang terkandung dalam Surat Tawaran ini dan seterusnya menerima tawaran ini, sila sahkan penerimaan saudara/saudari secara atas talian melalui Sistem Biasiswa Endowmen UTM di http://biasiswaendowmen.utm.my selewat-lewatnya pada 25 OGOS 2016.  Jika dalam tempoh tersebut saudara/saudari tidak membuat sebarang pengesahan, pihak Universiti menganggap saudara/saudari menolak tawaran ini. 

2. Nilai tajaan yang akan diberikan ialah RM6,000.00 per semester.

3. Saudara/Saudari akan diberikan bayaran pendahuluan bagi yuran pengajian, yuran asrama, yuran perkhidmatan dan lain-lain yuran yang ditetapkan oleh pihak Universiti bagi Semester I Sesi 2016/2017 setelah saudara/saudari mendaftar untuk mengikuti pengajian.

4. Walau bagaimanapun, saudara/saudari dikehendaki membayar yuran Minggu Mesra Mahasiswa seperti yang ditetapkan pada hari pendaftaran pengajian di Universiti Teknologi Malaysia.

5. Bayaran baki tajaan saudara/saudari akan dibayar pada Semester II Sesi 2016/2017 bersama-sama dengan jumlah tajaan bagi semester tersebut sepenuhnya tertakluk kepada keputusan peperiksaan Semester I Sesi 2016/2017 (Rujuk kepada para 10 dan 11 di bawah).

6. Sekiranya saudara/saudari menerima tawaran ini, saudara/saudari tidak boleh menerima tawaran lain termasuk pinjaman pengajian di sepanjang tempoh pengajian di UTM.

7. Sekiranya saudara/saudari berhasrat untuk menukar penaja, saudara/saudari dikehendaki memaklumkan secara bertulis kepada pihak Universiti dan saudara/saudari akan dikenakan tuntutan ganti rugi dengan membayar balik keseluruhan perbelanjaan yang telah dikeluarkan.

8. Saudara/saudari dikehendaki mencapai prestasi akademik tidak kurang daripada Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50 pada setiap semester di sepanjang pengajian di UTM.

9. Sekiranya saudara/saudari gagal untuk mencapai prestasi yang disyaratkan, tajaan saudara/saudari akan ditamatkan.

10. Sekiranya saudara/saudari melakukan pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan dalam Surat Tawaran dan Perjanjian Biasiswa Endowmen UTM, maka pihak Universiti akan menuntut ganti rugi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Biasiswa Endowmen UTM.

More Info About Petroleum Engineering :  Here


Final Decision : I Guess I'm Rejecting All Of This Offer. I Might As Well Hope For The Best For RAYUAN IPTA(Medicine) Or Maybe GO FOR IPTS. Wish Me Luck. 



0 comments:

Post a Comment

Next Prev
▲Top▲